Waktu Kunjungan:  30 September - 3 Oktober, 10:00 pagi - 7:00 malam

Sektor Produk Halal dengan Jumlah Dagangan Menjangkau 2 Trilion Dolar Berhimpun di CNR Expo

Produk diakui halal, yang semakin lazim ditemui kebelakangan ini dan membentuk pasaran yang besar, akan berhimpun di Pameran Produk Halal dan Sihat bersama setiap komponennya. Sektor ini semakin merangsang selera para pengeluar antarabangsa, dengan jumlah pengguna hampir 2 bilion di serata dunia. Turki malah berusaha mengisi kekurangan eksportnya dengan pengeluaran produk diakui halal ...

CNR, 30 April 2010,
İstanbul – Sektor produk halal, yang terus bercambah dalam ekonomi pasaran bebas, akan berhimpun di Pusat Pameran Ekspo dan Konvensyen CNR pada 30 September – 3 Oktober 2010. Pameran yang diselenggarakan oleh CNR Expo Fairs ini bakal menjadi wadah pertemuan antara badan dan syarikat pembeli dengan para pengeluar produk diakui halal. Pameran diselenggarakan dengan kerjasama GİMDES (Agensi Penyeliaan dan Persijilan Makanan dan Barangan Pengguna) dan perwakilan Turki di Majlis Halal Sedunia (WHC), dengan sokongan KOSGEB (Persatuan Pembangunan Syarikat Kecil dan Sederhana).
Diumumkan bahawa, hasil usaha DTM (Urus Setia Rendah Pejabat Perdana Menteri bagi Perdagangan Luar Negara), Pameran Produk Halal dan Sihat ini akan didatangi rombongan pembelian dari 40 negara, termasuk Jerman, China, Dubai, Indonesia, Belanda, Iraq, England, Iran, Syria dan Arab Saudi. Kongres Kelapan Majlis Halal Sedunia (WHC) tahun ini juga berlangsung di İstanbul pada tarikh yang sama seperti tarikh pameran. Hal ini dianggap satu kelebihan tambahan bagi firma-firma mempromosikan dirinya ke seluruh dunia melalui sinergi yang tercipta.

Pameran Produk Halal dan Sihat akan memberi peluang bagi peserta pameran menjalin hubungan dengan pasaran halal sedunia dan juga memberi peluang bagi para pengunjung berdialog dengan firma yang mengeluarkan produk diakui halal.

Pameran ini akan berlangsung di ruang seluas 15,000 m². Profil peserta pameran merangkumi pengeluar makanan dan minuman halal, kosmetik halal, produk busana dan tekstil Islam, produk perubatan, badan persijilan halal, lembaga negara dan institusi kewangan Islam. Pengeluar, penjual, pengimport, pengeksport, pengedar dan pemborong, pelabur, pembekal, pegawai pembelian pasar raya dan hipermarket, wakil bank, wakil firma persijilan halal, wakil persekutuan dan persatuan Islam merupakan antara pelbagai kumpulan yang dijangka mengunjungi pameran ini.

Konsep makanan halal bererti “makanan yang diizinkan menurut hukum Islam”, menurut definisi Suruhanjaya Codex Alimentarius, iaitu Suruhanjaya Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Piawai Makanan. Ekonomi halal pula merangkumi kosmetik, mainan, farmaseutikal, kewangan, pelancongan dan rantaian runcit juga. Pasaran makanan halal hari ini dianggarkan bernilai kira-kira 850 bilion dolar dan jumlah dagangan seluruh pasaran kira-kira 2 trilion dolar.

Pameran dapat dikunjungi pada 30 September – 3 Oktober 2010 pada jam 10.00 pagi - 7.00 malam.

Borang

 

Didukung Oleh

Iklan


















Pameran ini diselenggarakan dengan izin Himpunan Dewan Perniagaan dan Bursa Komoditi Turki sejajar dengan Undang-Undang Nombor 5174